Tuesday 11 December 2012

DUIT SYILING EDARAN SIRI KEDUA EXTRA DOT






Syiling 1 sen tahun 2004 

"Extra Dot"

Syiling 1 sen tersebut amat berbeza daripada syiling-syiling 1 sen yang lain, syiling tersebut mempunyai "Extra Dot" pada Rebana Ubi. Percaya atau tidak, sila anda lihat ruangan yang di tandakan dengan bulatan, syiling 1 sen bertahun 2004 "Extra Dot" amatlah sukar diperolehi kerana kita perlu menelitinya dengan baik. Saiz syiling yang kecil menjadikan kita sukar untuk mengesan "DOT" yang semestinya juga berbaiz amat kecil, kalau korang nak cari.....mesti gunakan kanta pembesar, barulah boleh nampak dengan jelas. Sudah lama saya simpan syiling 1 sen  "Extra Dot". Saya sendiri mengaku, untuk mendapat syiling tersebut amatlah sukar..... naik sakit jugalah mata aku perhatikan syiling 1 sen yang sedia ada ini. Hanya terdapat sekeping dalam simpanan saya buat masa sekarang tapi jika duit  lain untuk extra dot ada lagi la.. Ini cuma ingin berkongsi dengan saudara pembaca sahaja


Syiling 1 sen tahun 2004 "EXTRA DOT"

Syiling 1 sen adalah lebih kecil jika kita bandingkan dari segi saiz. Syiling 10 sen mempunyai ukur lilit 17.78mm sahaja dan beratnya adalah 1.74gm. Terdapat 2 keluaran syiling 1 sen iaitu siri pertama bereka bentuk/bertemakan bangunan parlimen (tahun 1967 - 1988) dan siri kedua pula bereka bentuk/bertemakan tradisi dan perwatakan malaysia (tahun 1989 - 2007 sahaja). Syiling kedua ini biasanya di keluarkan pada 4 September 1989. Terima kasih kerana anda sudi membaca artikel yang tidak seberapa ini. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut sila layari internet berkaitan hal ehwal duit lama yang pada saya perlu kita teruskan penerangan nya kepada generasi akan datang. Jika boleh saya nasihatkan sila lah buat simpanan mulai sekarang 11.12.2012 bayangkan 20 tahun lagi simpanan anda selamat (DENGAN IZIN ALLAH) apa yang akan berlaku pada wang simpanan anda itu.....? Renung-Renungkan lah.. Selamat Beramal.....

No comments:

Post a Comment